Skip to main content
Pengumuman

Iklan Kekosongan Jawatan Pengarah, Jawatan Terbuka Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred Khas C, Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi

Assalamualaikum w.b.t, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

YBhg. Datuk/ Datin/ YBrs. Prof. Dr./ Ts./ Dr./ Tuan/ Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGARAH, GRED KHAS C (TERBUKA), PUSAT NANOTEKNOLOGI KEBANGSAAN, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Datuk/ Datin/ YBrs. Prof. Dr./ Ts./ Dr./ Tuan/ Puan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Kementerian ini sedang mengenal pasti calon yang berkelayakan dan bersesuaian untuk mengisi kekosongan bagi jawatan Pengarah, Gred Khas C (Terbuka), Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

3. Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk/ Datin/ YBrs. Prof. Dr./ Ts./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk menghebahkan iklan jawatan tersebut kepada semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian masing-masing. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 18 November 2024 (Isnin) melalui e-mel psm_perkhidmatan@mosti.gov.my

4. Bersama-sama ini dikemukakan sesalinan iklan jawatan yang dimaksudkan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

                               i. Puan Muznita binti Mahmood (muznita@mosti.gov.my/ 03-8885 8045)

                              ii. Puan Nur Amalina binti Othman (nur.amaIina@mosti.gov.my/ 03-8885 8134)

5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Datin/ YBrs. Prof. Dr./ Ts./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Skip to content