Latar Belakang

  • 1973 – Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
  • 1976 – Selaras dengan fungsi dan tanggungjawab baru yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar, nama Kementerian telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE)
  • 2004 – Jemaah Menteri pada 27 Mac 2004 telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE dan nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menerajui fungsi pembangunan ICT Negara, Multimedia dan Inovasi
  • 2007 – Fungsi sains dan teknologi dipecahkan mengikut cluster Bioteknologi, ICT, Industri, Angkasa, Laut dan Atmosfera dan Teras Sains dan Teknologi
  • 2016 – Pada 3 Oktober 2016, MOSTI distrukturkan semula dengan fokus untuk merancakkan program pengkomersialan hasil R&D dan inovasi negara

Visi

“Peneraju agenda Sains, Teknologi dan Inovasi Negara.”

Misi

“Meneroka, membangun dan memanfaatkan STI untuk menjana ilmu pengetahuan, mencipta kekayaan dan menjamin kesejahteraan masyarakat ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi yang kompetitif, mapan dan terangkum.”

Teras Strategik MOSTI

  1. Membangunkan modal insan dalam sains, teknologi dan inovasi (STI) ke arah menjana dan meningkatkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpandukan model inovasi;
  2. Memanfaat dan memperhebatkan R&D tempatan, perolehan teknologi dan inovasi untuk pasaran;
  3. Mengarusperdanakan STI, memupuk dan membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif;
  4. Meningkatkan dan memperkukuhkan jalinan dan jaringan strategik (kolaborasi, kerjasama dan perkongsian);
  5. Memperkukuhkan dana penyelidikan, pembangunan dan perkomersialan;
  6. Memperhebatkan pengkomersialan dan harta intelek bagi penghasilan kekayaan dan kersejahteraan masyarakat;
  7. Memperkasa komuniti melalui STI untuk pembangunan mapan; dan
  8. Pengantarabangsaan

Teras Perkhidmatan MOSTI

  1. Perkhidmatan STI
  2. Pembudayaan STI
  3. Khidmat Pengurusan
  4. Dasar STI
  5. Pembangunan STI

Jenis-Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh MOSTI

  1. Laporan Kaji Cuaca
  2. Pelesenan Bahan Radioaktif
  3. Mengurus dan Menyelaras Dana R,D&C
  4. Ujian DNA
  5. Pensijilan Standard
  6. Keselamatan Siber
  7. Pendidikan Sains Angkasa
  8. Khidmat Juruperunding Perlindungan Sinaran
  9. Pencerapan maklumat muka bumi
  10. Pendidikan non-formal STI