PIAGAM PELANGGAN MOSTI

Menguruskan dan Mengagihkan Dana R&D&C

  1. Memproses dan memaklumkan keputusan Permohonan dana dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerimaan Permohonan lengkap.
  2. Mengeluarkan surat tawaran dan dokumen perjanjian kepada penerima dana dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diperoleh.
  3. Membuat pembayaran kepada penerima dana dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
  4. Membuat pembayaran kemajuan projek kepada penerima dana dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan diperoleh.

 

Meningkatkan Bilangan dan Kualiti Modal Insan STI

  1. Memproses dan membuat keputusan ke atas Permohonan dana Pembangunan Modal Insan (HCD) dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerimaan dan permohonan lengkap.
  2. Memaklumkan keputusan dana HCD dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diperolehi.

 

Menyebarluaskan Data dan Maklumat Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negara

  1. Memastikan data dan maklumat STI atas talian sentiasa terkini.
  2. Memberi maklum balas ke atas permohonan mendapatkan data dan perkhidmatan STI dalam tempoh tiga hari bekerja.

 

Meningkatkan Penyampaian Khidmat Pelanggan

  1. Memberi maklumbalas awal kepada aduan dalam tempoh 3 hari bekerja aduan diterima.
  2. Memproses dan membayar bil dan invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
  3. Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi MOSTI sentiasa tidak kurang dari 99.9%.
  4. Memberi maklum balas terhadap aduan ketidakcapaian Portal Rasmi MOSTI dalam masa 1 jam selepas penerimaan aduan.