Pengenalan

Inovasi merupakan satu elemen penting dalam memacu aspirasi negara ke arah mencapai sasaran menjadi antara negara teratas di tangga dunia melalui inisiatif TN50. Dalam hubungan ini, MOSTI telah memperkenalkan satu  inisiatif flagship bagi memangkinkan dan menyemarakkan budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia. Program ini dikenali sebagai Innovators’ Dynamic (ID).

 

Program ID yang telah diperkenalkan pada penghujung 2016 adalah untuk mengenal pasti teknologi inovatif yang bersesuaian untuk dibangunkan serta diaplikasikan bagi mengatasi isu-isu yang dihadapi oleh sektor industri dan masyarakat umum.

 

Program ID ini membuktikan iltizam berterusan MOSTI dalam usaha membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan industri serta isu yang dihadapi oleh rakyat melalui penggunaan/adaptasi serta inovasi berasaskan sains dan aplikasi teknologi moden.


Objektif Program

  • Mengenal pasti isu-isu utama di sektor industri dan masyarakat umum yang boleh di atasi dengan aplikasi teknologi dan inovasi;
  • Membincang dan membangunkan penyelesaian yang boleh dilaksanakan sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang;
  • Menggunakan pengetahuan saintifik dan teknologi yang inovatif dalam menyelesaikan isu–isu yang telah dikenalpasti;
  • Menggalakkan kerjasama pembangunan dan pengaplikasian teknologi antara pelbagai institusi berasaskan kerangka kerja NBOS; dan
  • Menggalakkan penglibatan orang awam melalui sumbangan isu serta idea dan inovasi dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Kaedah Pelaksanaan

1. Program ini akan bermula dengan sesi engagement bersama pemegang taruh termasuk kementerian berkepentingan akan diadakan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi mengikut sektor yang telah dipilih, dengan memberikan fokus kepada perkara berikut:

  • Ketersediaan teknologi;
  • Kemungkinan kerjasama;
  • Teknologi Roll-out; dan
  • Persepsi orang ramai / Harapan awam dari Kerajaan.

2. Sesi susulan bersama  pemegang taruh, akan diadakan sesi perbincangan secara roundtable yang dipengerusikan oleh YB Menteri MOSTI bagi memutuskan way forward bagi setiap sektor.

3. ID Mobilizing Committee akan dibentuk dan siri perbincangan akan diadakan bagi membincangkan serta melaksanakan pembangunan teknologi yang telah dikenalpasti. Selanjutnya, Jawatankuasa Pemandu diwujudkan bagi memantau keseluruhan pelaksanaan program Innovator’s Dynamic agar selari dengan program-program utama Kementerian’.

4. Kumpulan sasar bagi program ini adalah:

  • Ibu pejabat MOSTI
  • Kementerian /Agensi yang berkaitan
  • Institusi penyelidikan
  • Universiti awam dan swasta
  • Agensi pembangunan S&T (DSM, MRM, MyIPO, dll.)
  • Agensi pembangunan pasaran (MIDA, SMECorp, AIM, dll.)
  • Persatuan/Pertubuhan berkaitan
  • Individual innovators (orang awam)