Skip to main content
Arkib

Kunjungan Hormat Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia

By 2020-01-10April 19th, 2020No Comments

TYT. Gamal Abdel Rahim Mohamed Metwally, Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas, YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains,Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 7 Januari 2020. Sesi kunjungan hormat ini turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan MESTECC dari Sektor Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta Sektor Tenaga.

Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia mengadakan kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan jemputan ke Persidangan dan Pameran Egypt Petroleum Show (EGYPS) 2020 yang akan berlangsung di Cairo, Mesir kepada YB Menteri dan memperkukuh hubungan kerjasama dua hala dalam bidang tenaga serta sains dan teknologi antara kedua-dua buah negara.

Skip to content