Skip to main content
Arkib

Majlis Perhimpunan Bulanan MESTECC bagi Bulan April 2019 Bersama YB Menteri

By 2019-04-24April 19th, 2020No Comments

Pada 22 April 2019, bertempat di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Blok C1, Kompleks C, Putrajaya telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan MESTECC April 2019 bersama YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Majlis yang diurusetiakan oleh Bahagian Akaun, MESTECC ini turut dihadiri oleh YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,  YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC, YBrs. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi) dan YBrs. Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga).

Pada perhimpunan kali ini, Puan Ruziah binti Shafei, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, MESTECC telah membentangkan pencapaian Inisiatif MESTECC 2019. Bagi pelaksanaan inisiatif suku pertama tahun ini, MESTECC telah berjaya mencatat pencapaian 111%, bersamaan dengan 28.2% daripada pencapaian keseluruhan tahun 2019.

Beberapa Inisiatif MESTECC 2019 turut dibentangkan oleh wakil-wakil sektor sebagai perkongsian dengan warga MESTECC, seperti yang berikut:

  1. Sektor Tenaga > Tenaga Boleh Baharu di Malaysia
  2. Sektor STI > Researcher – Industry Scientific Exchange (RISE) dan National Scientific Facilities & Equipment (NSFE)
  3. Sektor Alam Sekitar dan Perubahan Iklim > Sambutan Hari Bumi 2019
  4. Kecemerlangan Organisasi

YB Puan Yeo Bee Yin dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas kerjasama semua warga MESTECC dalam memastikan Inisiatif MESTECC 2019 dapat dijayakan. YB Puan Yeo Bee Yin juga sekali lagi menekankan mengenai kepentingan membudayakan Nilai-nilai MESTECC iaitu Integriti, Kecemerlangan dan Fokus Masa Hadapan kepada seluruh warga MESTECC.

YB Yeo turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam insiden pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang termasuklah YB Timbalan Menteri, Datuk Seri KSU, para pegawai Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Remote Sensing Malaysia (yang kini dikenali sebagai Agensi Angkasa Malaysia, MySA) yang telah bertungkus-lumus dalam menggalas tanggungjawab memastikan pencemaran tersebut tidak berterusan dan pembersihan sungai dapat dilakukan dengan segera.

Skip to content