Skip to main content
Arkib

Sidang Media berhubung Aduan Pengguna Mengenai Bil Elektrik Tinggi

By 2019-06-20April 19th, 2020No Comments

Pada 28 Mei 2019, YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengadakan sidang media berhubung aduan pengguna mengenai bil elektrik tinggi. Dalam sidang media yang tersebut, YB Menteri menegaskan perkara-perkara yang berikut:

  1. Kerajaan memandang serius tentang isu berkaitan bil elektrik yang tinggi kepada pengguna di seluruh negara. Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai syarikat utiliti perlu bertanggungjawab dalam pengiraan caj serta layanan kepada pengguna.
  2. MESTECC telah mengarahkan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyiasat dakwaan pengguna yang dikenakan bil yang tinggi oleh TNB. Berdasarkan kepada undang-undang yang dikuatkuasakan, pihak ST boleh mengeluarkan notis kepada TNB untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi mengatasi masalah yang timbul daripada aduan-aduan berbangkit. Antara undang-undang yang terpakai adalah seksyen 9C Akta Bekalan Elektrik 1990 yang mana TNB hendaklah memenuhi standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan pengguna elektrik. ST boleh mengambil tindakan ke atas sebarang ketidakpatuhan undang-undang termasuk pendakwaan kesalahan di mahkamah.
  3. Dalam usaha melindungi kepentingan pengguna, ST telah memperkenalkan Panduan Pengurusan Aduan Pengguna Suruhanjaya Tenaga yang boleh dimuat turun dari pautan http://bit.ly/eaduanST. Panduan Pengurusan Aduan Pengguna ini adalah untuk memudahkan pengguna membuat aduan kepada ST. Panduan ini memaklumkan pengguna mengenai langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah mengenai pembekalan tenaga elektrik dan gas berpaip, termasuk mengenai pertikaian bil.

Hadir sama ketika sidang media ialah YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YBrs. Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), MESTECC dan YBhg. Datuk Ir. Ahmad Fauzi Bin Hasan, Pengerusi Suruhanjaya Tenaga.

Skip to content