Skip to main content
Arkib

Solar Power and Budget 2020 Talk Mengupas Manfaat Tenaga Solar di Kawasan Perindustrian

By 2020-01-10April 19th, 2020No Comments

Pada 9 Januari 2020, YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah meluangkan masa menghadiri sesi dialog bersama-sama dengan rakan industri yang bertajuk Solar Power and Budget 2020 Talk bertempat di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbadaran Kajang, Selangor. Semasa sesi dialog ini, YB Menteri telah mengupas tentang kebaikan dan manfaat tenaga solar di kawasan perindustrian dan menerangkan lebih lanjut mengenai polisi kerajaan dalam Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).

Tenaga Boleh Baharu (TBB)

Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mencapai 20 peratus Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam campuran kapasiti negara (tidak termasuk hidro besar) menjelang tahun 2025. Pihak industri terutamanya mempunyai potensi yang besar dalam penjanaan tenaga melalui Skim NEM kerana kebiasaanya industri mempunyai bumbung yang luas dan besar untuk pemasangan panel solar.Pemeteran Tenaga Bersih (NEM)

NEM membenarkan pengguna elektrik (domestik, komersil, perindustrian dan pertanian) menjadi pengeluar dan pengguna elektrik. Konsep NEM ialah tenaga yang dihasilkan daripada Sistem Solar Fotovoltaik (PV) yang dipasang akan digunakan dahulu, dan sekiranya ada tenaga yang berlebihan akan dieksport ke grid. Sejak Januari 2019, Skim NEM telah ditambah baik untuk membolehkan lebihan tenaga solar dijual secara one-on-one basis.Pengiraan Penjimatan

Penjimatan yang boleh diperolehi dengan penggunaan tenaga solar boleh dikira menggunakan kalkulator NEM, www.seda.gov.my/nemcalculator. Kalkulator ini memberi peluang kepada pelanggan untuk mengetahui kapasiti solar PV yang dianggarkan boleh dipasang di bumbung mereka, anggaran awal kos pelaburan minimum, anggaran penjimatan elektrik bulanan, bayaran balik mudah dan kesan penunjuk alam sekitarCara Pembiayaan

Terdapat dua cara pembiayaan melalui skim NEM iaitu:

  1. Pembelian terus secara tunai, kad kredit atau pinjaman (www.seda.gov.my/rpvsp); dan
  2. Sewa beli melalui Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) atau Program Sewa Beli Solar (www.seda.gov.my/rpvi).

Insentif Kerajaan

Kerajaan telah memperkenalkan insentif seperti Elaun Cukai Pelaburan Hijau (Green Investment Tax Allowance, GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (Green Income Tax Exemption (GITE) yang ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) 2.0 untuk menggalakkan pertumbuhan pasaran TBB. Insentif-insentif ini telah dilanjutkan sehingga tahun 2023, rujuk www.seda.gov.my/reportal/re-incentive/.

 

Skip to content