Skip to main content
Berita

Majlis Penyerahan Surat Lantikan Dan Sesi Ramah Mesra Yb Menteri Mosti Bersama Ahli Majlis Bioetika Negara Sesi 2016/2017

By 2016-04-05Mac 9th, 2017No Comments

Putrajaya, 5 April 2015 ~ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK) hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Lantikan dan Sesi Ramah Mesra YB Menteri MOSTI Bersama Ahli Majlis Bioetika Negara Sesi 2016/2017 . Melalui sesi ramah mesra YB Menteri MOSTI bersama Ahli Majlis Bioetika Negara (MBN), kerjasama erat di antara pakar-pakar tempatan dalam bidang bioetika dan Kementerian serta Agensi Kerajaan dalam bidang bioetika dapat dijalin.

Bioetika adalah satu bidang yang sistematik dan kompleks yang melibatkan pelbagai disiplin dan mencakupi persoalan moral, teori serta praktikaliti yang timbul kesan daripada aplikasi sains perubatan dan hayat ke atas manusia dan biosfera. memandangkan isu-isu berkaitan bioetika melibatkan seluruh masyarakat dan merentas budaya serta dimensi, keperluan Majlis Bioetika Negara yang berperanan untuk mengetengahkan, mengkaji, menyebar serta menangani isu-isu seperti ini adalah penting.
Majlis yang diadakan di Dewan Perhimpunan MOSTI ini menyaksikan pelantikan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Abdul Majeed sebagai Pengerusi diikuti 12 orang ahli dilantik sebagai Ahli Majlis Bioetika Negara Sesi 2016/2017 oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Majlis ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai MOSTI, sekretariat MBEN dan ahli Majlis Bioetika Negara.
Majlis seumpama ini menunjukkan hasrat dan komitmen pihak Kerajaan terhadap persoalan bioetika terutamanya persoalan yang berkait langsung dengan masyarakat Malaysia serta di arena global. Antara usaha utama Majlis Bioetika Negara sebenarnya adalah untuk menyemai kesedaran dalam masyarakat Malaysia akan implikasi isu bioetika yang timbul akibat kesan pembangunan sains dan teknologi.

Skip to content