Skip to main content
Berita

6 Penerima Dana Sciencefund dan Pra Pengkomersilan

By 2014-01-08Disember 14th, 2020No Comments

DSC_0174-2

 

PUTRAJAYA (8 JANUARI 2014) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Pembiayaan Bagi Projek Dana Sciencefund Dan Pra Pengkomersilan.

Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, turut dihadiri oleh Timbalan Menteri, YB Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Dato’ Dr. Rosli Bin Mohamed serta jemputan yang terdiri daripada Ahli Mesyuarat Pasca Kabinet MOSTI juga penerima-penerima dana.

Majlis ini diadakan khusus untuk menyampaikan pembiayaan dana yang berjumlah RM7.55 juta kepada enam penerima yang terdiri daripada berikut:

  • Satu (1) penerima dana ScienceFund iaitu Universiti Malaya dengan projek bertajuk An Intelligent Tool For Mobile Malware Detection And Response; dan
  • Lima (5) penerima dana PraPengkomersialan : InnoFund dan TechnoFund.

Dua (2) Penerima Dana Innofund

    • Syarikat Asap Koyan Development Community (AKDC) Belaga Sarawak dengan projek bertajuk Peningkatan Sosio-Ekonomi Komuniti  Melalui Pembangunan Kemudahan Ekstraksi Produk Oleoresin Gaharu Dan Aplikasi Teknologi Inokulasi Pokok Karas: Fasa 3; dan
    • Syarikat DRN Technologies Sdn. Bhd.  melalui projek Innovative Lightweight Wall Panel Intergrating Foam And Palm Oil Fuel Ash/Silts Aggregates.

Tiga (3) penerima dana TechnoFund

    • Sentinext Therapeutics Sdn. Bhd. dengan projek bertajuk Hand, Foot And Mouth Disease (HFMD) Coxsackievirus A16 (CA16) VLP Vaccines: Development Of A Scalable Bioprocess For Production Of A CA16 Preclinical Batch For Characterization Toxicology Studies In Preparation For A First-In-Man Clinical Trial
    • FAS Integration (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan projek bertajuk Design And Development  Of Automation  Wafer/Chip & Die Sorter Integrated Vision Inspection Machine
    • ADDAT TECHNOLOGY SDN. BHD. melalui projek Obess – O3TEK Bacteria Eliminator Sterilizing System.
Skip to content