Skip to main content
Berita

Bengkel Pengurusan Dan Pengendalian Insiden Keselamatan ICT

MOSTI julung-julung kalinya mengadakan Bengkel Pengurusan Dan Pengendalian Insiden Keselamatan ICT untuk Pasukan Computer Emergency Response Team (CERT) MOSTI yang terdiri daripada pegawai Ibu Pejabat dan agensi-agensi di bawah MOSTI. Bengkel ini telah diadakan pada 31 Oktober  sehingga 2 November 2017.

 

Penceramah adalah terdiri daripada pegawai Agensi Nuklear Malaysia iaitu Encik Saa’idi Bin Ismail, Encik Mohd Fauzi Bin Haris dan Encik Mohd Dzul Aiman Bin Aslan. Manakala daripada Majlis Keselamatan Negara iaitu Dr. Noor Hayati Binti Hashim.

 

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tatacara mengurus dan mengendalikan insiden ICT sekiranya berlaku di agensi. Selain daripada itu, menerusi bengkel ini penerangan yang terperinci tentang penjagaan dan melindungi aset ICT bagi menjamin kesinambungan urusan agensi dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT seterusnya memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi.

 

“Ahli CERT MOSTI perlu sentiasa mempelajari kaedah yang berkesan untuk mengendalikan insiden-insiden ICT selari dengan pelbagai ancaman yang terkini.“ Kata Ybrs. Encik Mohd Yusri Bin Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Penutup Bengkel.

 

Skip to content