Skip to main content
Berita

Pelancaran Rasmi Buku ‘Blueprint for the Establishment of Rare-Earth Based Industries in Malaysia’

By 2014-12-08Disember 14th, 2020No Comments

UKK0004

Kuala Lumpur, 8 Disember 2014 – Akademi Sains Malaysia (ASM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan penerbitan terbarunya, ‘Blueprint for the Establishment of Rare-Earth Based Industries in Malaysia’. Buku ini telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur.

Sedang dunia bergelut untuk menerima teknologi hijau, peranan nadir bumi telah menjadi semakin penting dalam ekonomi global. Unsur-unsur nadir bumi banyak kegunaannya terutama dalam pelbagai produk dan gajet yang menunjukkan kecekapan penggunaan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui.

“Inisiatif pengkomersialan tertentu boleh dipertingkatkan melalui pembangunan rangka tindakan yang memberi gambaran lebih jelas mengenai perancangan dan strategi yang perlu dicapai dalam sektor-sektor yang berpotensi. Oleh itu, pelancaran ‘Blueprint for the Establishment of Rare-Earth Based Industries in Malaysia’, yang dilengkapi dengan ‘Summary for Policy Makers’, adalah pada masa yang tepat. Kerajaan percaya bahawa ‘nadir bumi’ akan memainkan peranan penting dalam industri hijau yang telah dikenal pasti sebagai salah satu pemacu utama yang berpotensi dalam ekonomi kita” kata Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur dalam ucapannya.

 

Skip to content