Skip to main content
Berita

CYBERSECURITY MALAYSIA LANCAR OUTLET PERTAMA MYCYBERSECURITY CLINIC (MyCSC) SERTA PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN MyCSC

By 2014-06-17Disember 14th, 2020No Comments

UKK_0464

 

(SERI KEMBANGAN, 17 Jun 2014) – CyberSecurity Malaysia, pusat pakar keselamatan siber Nasional dan agensi di bawah kawal selia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan Outlet MyCyberSecurity Clinic (MyCSC) dan Program Pembangunan Keusahawanan MyCSC. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bertempat di Seri Kembangan, lokasi pertama Outlet MyCyberSecurity Clinic (MyCSC).

MyCyberSecurity Clinic (MyCSC). Merupakan inisiatif CyberSecurity Malaysia yang dibangunkan bertujuan menyediakan perkhidmatan berkaitan keselamatan siber seperti perkhidmatan forensic digital yang terdiri dari pemulihan data, baik pulih cakera keras (hard disk), data sanitasi dan juga khidmat nasihat mengenai isu yang berkaitan keselamatan siber dan internet.

Menurut YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi MyCyberSecurity Clinic merupakan ‘touch point’ kepada rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran berkaitan keselamatan siber. Ia juga merupakan platform bagi membantu rakyatm khususnya para pengguna internet mendapatkan perkhidmatan bantuan kecemasan siber dan menyalurkan laporan insiden serta ancaman keselamtan siber ke Pusat Bantuan Cyber999 yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia.

Pada majlis yang sama, Program Pembangunan Keusahawanan MyCSC turut dilancarkan oleh YB MEnteri. Ia merupakan satu program perkembangan rangkaian Outlet MyCyberSecurity Clinic berasakan konsep Sistem Licensing. Projek perintis Outlet berkenaan telah dibangunkan di Ibu Pejabat CyberSecurity di Seri Kembangan. Menurut YB Datuk Dr. Ewon Ebin, program ini dijangka dapat melahirkan lebih ramai usahawan baharu dalam bidang Sains dan Teknologi khususnya dalam sector ICT, disamping membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh pelusuk Negara.

Sementara itu, dalam ucapan aluan Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohd Azumi Mohamed (Bersara) berkata perkhidmatan yang disediakan melalui Outlet MyCyberSecurity Clinic dapat memberi banyak faedah serta mampu menyelesaikan masalah kehilangan data dan memulihkan kembali maklumat yang hilang atau padam dari peranti serta gajet ICT pengguna. Manakala, Program Pembangunan Keusahawanan MyCSC pula dilihat sebagai satu proses perpindahan kepakaran teknologi yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dalam program tersebut.

Selain Outlet MyCyberSecurity Clinic di Seri Kembangan, CyberSecurity Malaysia juga menyediakan perkhidmatan yang sama di cawangan pejabat yang berlokasi di Ipoh, Perak.

Skip to content