Skip to main content
Berita

Festival Sains 2014

By 2014-11-24Disember 14th, 2020No Comments

UKK_6769

 

BUKIT KIARA, 24 November: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya Pusat Sains Negara menganjurkan Festival Sains 2014 pada 22 hingga 27 November ini sempena musim cuti sekolah akhir tahun. Festival kali ini merupakan penganjuran buat kali keempat sejak tahun 2011.

Festival Sains 2014 juga adalah program kemuncak kepada aktiviti pembudayaan sains, teknologi dan inovasi di PSN. Ia dilaksanakan dalam pelbagai bentuk pendekatan antaranya pameran, ceramah, bengkel, pertandingan, demonstrasi, tayangan filem, pameran bertema dan aktiviti pendidikan berformat infotainmen.

Festival Sains 2014 dan Pameran Bertema Whodunit? Murder Mystery at Menagerie Park dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha MOSTI mewakili YB Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau dalam ucapannya berharap agar penganjuran Festival Sains 2014 ini dapat membuka ruang untuk masyarakat lebih mesra dan meminati bidang STI.

Pelbagai acara dan aktiviti disediakan sepanjang festival berlangsung bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan sains kepada para pengunjung. Menariknya, festival kali ini akan membawa para pengunjung menyelongkar dan mengungkai pelbagai misteri yang berhubungkait dengan dunia sains dalam kehidupan seharian manusia. Antara ialah Program Ceramah (Meet The Scientist), NXT Challenge, The Missing Golden Coin, Giant Hot Air Balloon, Screaming Ice Cream, Bengkel, Giant Bubbles, Selfie With Divers, Lets Investigate, Origami Challenge, Pameran dan banyak lagi.

Festival Sains 2014 akan berlangsung sehingga 27 November ini di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Skip to content