Skip to main content
Berita

GenTech Ops Banjir Terajui Misi Bantuan Dari MOSTI

By 2015-01-07Disember 14th, 2020No Comments

 

PUTRAJAYA, 7 JANUARI 2015 – Prihatin kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa banjir, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengorak langkah dengan menghantar 300 orang sukarelawan GenTech Ops Banjir MOSTI ke negeri Pahang Darul Makmur. Sukarelawan ini dibahagi kepada tiga pasukan iaitu:-

1. Kumpulan 1 akan ke daerah Bera, Pahang.
2. Kumpulan 2 akan ke daerah Temerloh, Pahang.
3. Kumpulan 3 yang terdiri daripada sukarelawan Pusat Sains Negara, agensi di bawah MOSTI akan menjalankan aktiviti PSN Edutainment Aid khusus kepada kanak-kanak di pusat pemindahan yang masih beroperasi di sekitar negeri Pahang.

Pada hari ini juga, Ketua Setiausaha MOSTI, Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Pasca Banjir Peringkat Daerah Pekan yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Fadzli, Pegawai Daerah Pekan, Pahang. Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras misi bantuan GenTech Ops Banjir MOSTI Fasa 2 yang terdiri daripada 30 orang yang akan berkunjung ke Daerah Pekan pada esok hari – 8 Januari 2014.

MOSTI mengambil inisiatif menubuhkan pasukan khas untuk misi bantuan mangsa banjir yang dinamakan sebagai GenTech Ops Banjir. Pasukan ini telah memulakan misi bantuan pada 2 Januari yang lalu, dengan menghantar lebih 3 tan barang keperluan harian dan 30 sukarelawan ke Mentakab Pahang. Pasukan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Skip to content