Skip to main content
Berita

KAKITANGAN MOSTI MERAIKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-55 “JANJI DITEPATI”

By 2012-08-31Mac 10th, 2017No Comments

 

KUALA LUMPUR, (31 Ogos 2012) : Bahang kemeriahan dan keghairahan sambutan Hari Merdeka ke-55 oleh seluruh rakyat Malaysia turut dirasai oleh warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari. Seawal jam 6.00 pagi, warga MOSTI yang dihadiri dan diketuai oleh pengurusan tertingginya YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha MOSTI tidak melepaskan peluang berkumpul untuk bersama-sama menjayakan Majlis Perarakan sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersama ribuan rakyat Malaysia lain.
Di dalam kesibukan kerja harian, warga MOSTI tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Pada waktu malam pula lebih 800 warga MOSTI dan Agensi yang bersamanya akan berhimpun di Stadium Putra, Bukit Jalil bagi menyambut sambutan yang penuh warna-warni yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Ini merupakan satu inisiatif dan cara warga MOSTI menterjemahkan rasa cinta mereka kepada negara
Skip to content