Skip to main content
Berita

KUNJUNGAN HORMAT YB TIMBALAN MENTERI MOSTI KE ISTANA NEGERI SABAH

By 2012-05-18Mac 10th, 2017No Comments

 

YB Datuk Fadilah Yusoff, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan diiringi oleh beberapa orang pegawai kanan MOSTI telah membuat kunjungan hormat ke Istana Negeri, Kota Kinabalu, Sabah untuk bertemu dengan Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah pada 18 Mei 2012.

Tujuan utama kunjungan hormat diadakan adalah untuk menjemput Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bagi merasmikan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sabah 2012 pada 19 Mei 2012 dan memaklumkan mengenai program semasa karnival serta program induk Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012).

Kunjungan berakhir dengan penyerahan cenderahati daripada YB Timbalan Menteri MOSTI kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian menerima kunjungan tersebut.

Skip to content