Skip to main content
Berita

Majlis Apresiasi MOSTI 2013

By 2013-06-27Disember 14th, 2020No Comments

b1

 

PUTRAJAYA, 28 Jun 2013 – Majlis Apresiasi MOSTI 2013 peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan di Dewan A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melibatkan kesemua jabatan dan agensi di bawah MOSTI. Ia bertujuan untuk meraikan penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) yang diperkenalkan buat pertama kali, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2012 serta menghargai khidmat bakti pegawai-pegawai MOSTI yang telah bersara pada tahun 2012.

YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berbesar hati menyampaikan penghargaan kepada penerima-penerima PPC dan APC tahun 2012 serta pegawai-pegawai MOSTI yang telah bersara. Dalam ucapannya, YB Datuk Dr. Abu Bakar berkata “perkhidmatan awam merupakan tonggak pentadbiran negara, kita memerlukan penjawat awam yang berprestasi tinggi seperti tuan-tuan dan puan-puan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan supaya keperluan dan kehendak rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan”.

Beliau juga menegaskan agar “janganlah kita asyik dibuai dengan kejayaan yang lalu kerana untuk mencapai kecemerlangan tidak akan ada penamatnya, ia merupakan satu usaha yang berterusan. Apabila kita mencapai satu tahap yang cemerlang, terdapat tahap yang lebih tinggi lagi yang perlu dicapai”

Sementara itu, YBhg. Dato’ Dr. Rosli Mohamed, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya menyeru kepada seluruh warga MOSTI supaya sentiasa menghayati dan mengamalkan budaya kerja cemerlang serta berusaha membuat penambahbaikan secara berterusan di semua peringkat. Kata beliau lagi “Kita perlu menghasilkan output, outcome dan impak dalam setiap tugasan yang dilaksanakan serta sentiasa berusaha untuk melaksanakan sesuatu tugas melebihi piawaian atau exceed target bagi key performance indicators (KPI) yang ditetapkan”.
Dengan bertemakan “Pekerja Berprestasi Peneraju Transformasi”, majlis ini menyaksikan seramai 4 orang kakitangan telah dipilih sebagai penerima sulung Pingat Perkhidmatan Cemerlang, manakala 45 orang kakitangan di Ibu Pejabat dan 92 orang pegawai mewakili Jabatan dan agensi di bawah MOSTI pula dipilih sebagai penerima APC 2011 berdasarkan kepada kecemerlangan, sumbangan dan dedikasi yang telah ditunjukkan di sepanjang tahun 2012. Seramai tiga (3) orang warga MOSTI yang menamatkan perkhidmatan dalam tahun 2012 turut diraikan dalam majlis ini sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan dan persembahan Ghazal daripada Kumpulan Kebudayaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Skip to content