Skip to main content
Berita

Majlis Penganugerahan Sijil ISO 9001:2008 dan Menandatangani Memorandum Persefahaman Sempena Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

By 2014-04-29Disember 14th, 2020No Comments

UKK_1489

 

BANTING, 29 April 2014 – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi telah dianugerahkan sijil ISO 9001: 2008 oleh Lloyd’s Quality Register Assurance.

Bersempena dengan majlis ini, ANGKASA menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Universiti Putra Malaysia. Memorandum ini adalah berkenaan dengan kerjasama dalam bidang penyelidikan Sains & Teknologi Angkasa secara umumnya, dan secara khususnya dalam bidang-bidang seperti bahan dan struktur Aeroangkasa, Sains Angkasa, Pertanian Angkasa, Sains Hayat, Penderiaan Jauh dan Sistem Maklumat Geografi, Sistem Satelit Navigasi Sejagat dan Satelit Komunikasi.

Pusat Angkasa Negara yang telah dirasmikan oleh mantan YAB Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 4 Oktober 2006 menawarkan perkhidmatan  yang merangkumi:

1. Fasiliti Kawalan Misi yang menyokong misi Angkasa, bukan sahaja satelit milik negara seperti RazakSAT malah agensi antarabangsa yang lain seperti Agensi Angkasa Eropah (European Space Agency, ESA) dan Organisasi Penyelidikan Angkasa India(indian Space Research Organization, ISRO).

2. Makmal Kalibrasi Optik, merupakan makmal perintis di Malaysia dalam bidang penentukuran elektro- optik satelit. Fasiliti ini mampu menyediakan perkhidmatan penentuukuran dan pencirian radiometrik bukan sahaja untuk satelit tetapi juga untuk peralatan optik lain.

3. Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit yang mampu mensimulasikan keadaan persekitaran yang dialami oleh satelit dan komponennya seperti pelancaran roket, pemisahan satelit dari roket dan persekitaran orbit di angkasa. Peralatan yang ada juga boleh digunakan untuk bidang-bidang lain seperti elektronik, automotif dan sebagainya.

Pada masa ini ANGKASA merupakan satu-satunya agensi di Asia Tenggara yang menyediakan perkhidmatan pengujian dan pengukuran berkapasiti tinggi ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Sains,Teknologi dan Inovasi. Turut hadir adalah, Dr. Zulkifli bin Mohamed Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) MOSTI, Prof.Dr.Ing.Ir.Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, En. Mohd. Azhar Sulaiman, Pengurus Lloyd’s Register Quality Assurance, Dr Noordin Ahmad, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) warga MOSTI dan wakil para industri.

Skip to content