Skip to main content
Berita

NICE EKSPO 2017, Ekspo Sains, Teknologi Dan Inovasi Terbesar Negara

By 2017-06-15Jun 21st, 2017No Comments

PUTRAJAYA, 15 Jun 2017 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan menganjurkan National Innovation and Economy Creative (NICE) Expo 2017, ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) terbesar negara pada 12 hingga 16 Oktober 2017 bertempat di Technology Park Malaysia (TPM), Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara.

Penganjuran NICE Ekspo 2017 bertujuan untuk menyemarakkan dan membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) di kalangan rakyat selaras dengan teras TN50 menggalakkan pengkomersialan berasaskan inovasi dan ekonomi kreatif serta meningkatkan daya saing Negara dalam bidang STI

Turut berlangsung sesi penyerahan surat kepada Rakan Strategik dan Duta MOSTI bagi NICE EXPO 2017.

Rakan Strategik MOSTI bagi NICE EXPO 2017

  1. Komander (K) Datuk Zulkifli Ishak
    Pemegang Amanah
    Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaa
  2. Encik Neil Foo
    CEO, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia
  3. Encik Ebi Azly Abdullah
    Wakil, MAGIC
  4. Encik Ahmad Fariz Dahlan
    Presiden Drone Malaysia
  5. Encik Keng Soon
    Presiden, Pertubuhan Peniaga Telekomunikasi Malaysia.

Duta MOSTI bagi NICE EXPO 2017

  1. Prof Madya Dr Ramzah Dambul
    Timbalan Ketua Setiausaha STI, MOSTI
  2. Puan Mariatini binti Othman
    Naib Presiden Kanan, MTDC
  3. Encik Mohammad Faeez Mohamad Fadhlillah
    CEO, Lagisatu Travel Sdn bhd
  4. Encik Yusno Yunus
    CEO, Y US Sdn Bhd
  5. Encik Matt Chandran
    CEO, iGene Sdn Bhd

Pra Pelancaran Dalaman NICE Ekspo 2017 dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Datuk Seri Dr Mohd Azhar bin Haji Yahaya, Ketua Setiausaha MOSTI.

 

Skip to content