Skip to main content
Berita

Sambutan Bulan Kebangsaan 2020, MOSTI

Cyberjaya, 17 September 2020 –  Bagi menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan 2020, MOSTI melalui telah menganjurkan sebanyak lima (5) pertandingan yang melibatkan warga MOSTI iaitu:
1️⃣ MOSTI Merdeka Virtual Run anjuran Bahagian Teknologi Maklumat MOSTI
2️⃣ Pertandingan Fotografi MOSTI bertemakan “Malaysia Prihatin” anjuran Unit Komunikasi Korporat MOSTI
3️⃣ Pertandingan Sayembara Patriotik anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
4️⃣ Pertandingan Nyanyian Lagu Kemerdekaan anjuran Pusat Nanoteknologi Kebangsaan; dan
5️⃣ Pertandingan Penghayatan Kemerdekaan Melalui Hiasan Pejabat anjuran bersama Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi Sains dan Teknologi dan Bahagian Perkhidmatan STI dan Pembudayaan MOSTI
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin dan YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI semasa Perhimpunan Bulanan yang telah diadakan pada 17 September 2020. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
MOSTI Merdeka Virtual Run
🥇Juara – Team 7 Hari Mencintaimu daripada Bahagian Antarabangsa dengan jumlah larian keseluruhan sebanyak : 819.5 KM
🥈Naib Johan – Kita Punya Malaysia daripada Bahagian Kewangan
dengan jumlah larian keseluruhan sebanyak 731.2KM
🥉Tempat Ketiga – KINGSMAN daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan jumlah larian keseluruhan sebanyak 728.4KM
Pertandingan Fotografi
🥇Juara – Puan Hana binti Mohamed Jamil daripada Agensi Angkasa Malaysia
🥈Naib Johan – Encik Hasbullah bin Mustafa daripada Bahagian Pembangunan
🥉Tempat Ketiga – Puan Anna Maria binti Mazlan daripada Agensi Angkasa Malaysia
Pertandingan Sayembara Patriotik
🥇Johan – Encik Azkar Zahidi bin Ismail daripada Pejabat Timbalan Menteri
🥈Naib Johan – Puan Hashima binti Baharom daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
🥉Tempat ketiga – Dr. Fatin Zahidah binti Abdul Aziz daripada Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T
Pertandingan Nyanyian Lagu Kemerdekaan
🥇Johan – Kumpulan Soul of MASTIC, Bahagian Data Strategik dan Teknologi Masa Hadapan
🥈Naib Johan – Kumpulan Fabulous Finance, Bahagian Kewangan
🥉Tempat ketiga – Kumpulan UKK Boleh, Unit Komunikasi Korporat
Pertandingan Penghayatan Kemerdekaan Melalui Hiasan Pejabat
🥇 Johan – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
🥈 Naib Johan – Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T (TSA)
🥉Tempat Ketiga – Bahagian Dana
Skip to content