Skip to main content
Berita

YB Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim bersama Ketua Setiausaha Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir dan Timbalan Ketua Setiausaha Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan telah mengadakan sesi lawatan rasmi ke ASM

Putrajaya, 12 Jun 2020 – Sebagai sebuah Peneraju Pemikir dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), Akademi Sains Malaysia (ASM) yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI berfungsi sebagai badan penasihat kerajaan berkenaan hal ehwal STI dengan input yang berwibawa, boleh dipercayai, dan berasaskan data yang tepat pada masanya. Etos ASM merupakan “Think Science, Celebrate Technology, Inspire Innovation”.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim bersama Ketua Setiausaha Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir dan Timbalan Ketua Setiausaha Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan telah mengadakan sesi lawatan rasmi ke ASM

ASM menyediakan platform yang membolehkan pertukaran idea antara ahli akademik, penggubal dasar, masyarakat serta industri. ASM mempunyai lebih daripada 780 pakar dalam bidang Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar, Sains Kimia, Sains Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer, Matematik, Fizik dan Sains Kaji Bumi, Sains Perubatan dan Kesihatan, Pembangunan dan Industri Sains & Teknologi serta Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Aktiviti utama ASM termasuk menjalankan kajian strategik dan foresight serta melaksanakan program berasaskan sains pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Kajian-kajian strategik yang dijalankan oleh ASM termasuk kajian terhadap Foresight Malaysia 2050, penjelmaan teknologi baharu, STI untuk pembangunan sosioekonomi, dan sains kelestarian. Manakala program strategik STI merangkumi pembangunan kapasiti sains negara, penggalakan kesedaran dan pemahaman sains, konsortium sains serta fora perundingan.

Selain itu, ASM turut menghasilkan penerbitan saintifik yang mengetengahkan hasil kajian para saintis tempatan. Tambahan pula, ASM juga telah membina sebuah jaringan antarabangsa yang kukuh dan efektif dalam usaha mengantarabangsakan sains dan teknologi Malaysia.

Ketibaan delegasi MOSTI disambut Presiden ASM, Professor Datuk Dr Asma Ismail FASc serta badan pengurusan ASM yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib.
Kajian strategik dan bahan-bahan penerbitan ASM boleh dimuat turun di pautan https://www.akademisains.gov.my/publication/

Skip to content