Skip to main content
Arkib

APEC Public – Dialogue on Science, Technology and Innovation: Capitalize on Research and Development

By 2020-02-12April 19th, 2020No Comments

Bersempena dengan Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan APEC 2020, satu sesi APEC Public-Private Dialogue on Science, Technology and Innovation: Capitalize on Research and Development telah dianjurkan oleh APEC Policy Partnership on Science, Technology and Innovation dengan kerjasama MESTECC serta Syarikat DiDi Chuxing Co. Ltd. Selari dengan tema APEC 2020 iaitu ‘Optimising Human Potential towards a Future of Shared Prosperity’, sesi dialog ini mensasarkan pengukuhan ekosistem dan rantaian nilai inovasi bagi meningkatkan faedah-faedah sains kepada masyarakat umum.

Sesi dialog ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MESTECC dan dihadiri oleh seramai 250 orang peserta tempatan serta delegasi luar negara dari 16 ekonomi APEC. Sesi dialog tersebut melibatkan pihak-pihak berkepentingan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi termasuk penggubal dasar, penyelidik, wakil sektor swasta, agensi peneraju teknologi serta institusi pembiayaan dalam menyokong usaha untuk mempromosikan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan teknologi.

Sesi “Building the Innovation Economy through Collaborative Networks” dan “Enterprising Future Technologies through Public-Private Partnership” membincangkan peranan kerajaan, akademik dan sektor swasta dalam model Triple Helix of Innovation dalam mempertingkatkan kerjasama dalam pembangunan teknologi baharu. Antara ahli-ahli panel yang dijemput dalam sesi dialog ini termasuk dari institusi-institusi antarabangsa yang ternama seperti APEC Business Advisory Council (ABAC), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) dan Association of Pacific Rim Universities (APRU) serta pakar-pakar tempatan.


Skip to content