Skip to main content
Arkib

MAJLIS AMANAT YB MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

By 2018-07-20April 19th, 2020No Comments

Pada 20 Julai 2018, bertempat di Dewan AuditoriumJPA, Kompleks C, Putrajaya telah berlangsung Majlis Amanat YB Menteri Bersama Warga Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).  Yang turut hadir semasa majlis ialah YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis (Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahaya (Ketua Setiausaha, MESTECC). `

Dalam amanat yang disampaikan, YB Puan Yeo Bee Yin (Menteri Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) menekankan tiga (3) prinsip utama yang harus dijadikan budaya setiap warga kementerian, iaitu:

  1. Nilai Integriti – “To do the right thing, even no one is looking at you”
  2. Cemerlang – “We must pursue excellence. In everthing we do, no matter what we do, do the right thing right”
  3. Fokus Masa Hadapan – Setiap keputusan dan dasar-dasar yang dibuat, perlu mengambilkira impak kepada generasi sekarang dan generasi akan datang.

Selepas selesai menyampaikan amanat, YB Menteri turut menyempurnakan penyerahan sumbangan duit raya hasil sumbangan ikhlas daripada warga Kementerian kepada penjawat MESTECC dari kumpulan pelaksanaan di bawah skim perkhidmatan Pembantu Operasi,  Pengawal Keselamatan dan Pemandu Kenderaan. Di penghujung majlis, YB Menteri dan YB Timbalan Menteri beserta semua warga MESTECC yang hadir telah menjayakan sesi rakaman Kempen Kibarkan Jalur Gemilang bersempena dengan Hari Kebangsaan 2018 yang diselaraskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.


Skip to content