Skip to main content
Arkib

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MESTECC

By 2019-06-21April 19th, 2020No Comments

Bertemakan “Beraya Penuh Kelestarian”, sambutan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MESTECC telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Cyber Axis, Cyberjaya pada 19 Jun 2019. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC, pegawai-pegawai kanan serta warga MESTECC dan jabatan/agensi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan YB Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).

Semasa majlis, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada staf-staf MESTECC bergred 16 dan ke bawah. Istimewanya sambutan Aidilfitri kali ini dijayakan oleh setiap bahagian dan unit di MESTECC yang turut menyumbang pelbagai juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Adalah diharapkan agar acara-acara seperti ini mampu menjadi ruang untuk semua warga MESTECC berkenalan dengan lebih rapat dan memantapkan lagi semangat kerja berpasukan serta menerapkan nilai integriti, kecemerlangan dan fokus masa hadapan.

 

Skip to content