Skip to main content
Arkib

Program MESTECC 2019: Kuasai. Laksana. Ungguli. (Own it. Do it. Ace it.)

By 2019-01-30April 12th, 2021No Comments

Pada 28 Januari 2019 bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya, telah berlangsung Program MESTECC 2019: Kuasai. Laksana. Ungguli. (Own it. Do it. Ace it.) yang telah dirasmikan oleh YB Puan Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim). Yang turut hadir ke program ini ialah YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis (Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya (Ketua Setiausaha, MESTECC). Program ini telah dijayakan dengan kehadiran lebih daripada 1,500 orang  jemputan antaranya ialah Senator, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Pengurusan Tertinggi MESTECC, Warga MESTECC, para guru dan pelajar sekolah, wakil-wakil media dan penduduk di sekitar Putrajaya.

Objektif penganjuran Program ini adalah untuk:

  1. menyediakan platform kepada semua Warga MESTECC untuk memahami inisiatif-inisiatif bagi mencapai hala tuju dan perancangan strategik kementerian tahun 2019-2020;
  2. menyampaikan maklumat mengenai inisiatif program dan aktiviti di bawah MESTECC sebagai usaha meningkatkan kerjasama erat bersama pemegang taruh, kementerian dan agensi;
  3. mempromosikan dan menonjolkan peranan MESTECC kepada komuniti setempat; dan
  4. mendapatkan maklum balas/input daripada warga MESTECC dan pemegang taruh berkaitan Inisiatif MESTECC 2019.

Terdapat empat (4) komponen utama dalam Program ini, iaitu:

1. Amanat YB Menteri Tahun 2019

YB Puan Yeo Bee Yin telah menyampaikan Amanat Khas beliau kepada lebih 900 orang Warga MESTECC yang hadir semasa majlis. Dalam amanatnya, beliau menegaskan tiga (3) nilai utama yang perlu ada pada semua warga iaitu Kecemerlangan (Excellence), Integriti (Integrity) dan Fokus Masa Hadapan (Future Focused). Selain itu, YB Puan Yeo Bee Yin juga turut berkongsi dengan warga mengenai matlamat MESTECC bagi tahun 2019 iaitu Kuasai. Laksana. Ungguli. (Own It. Do It. Ace It.).  Beliau turut berkongsi video ‘200 Hari di MESTECC’ yang merakamkan momen-momen penting dan pencapaian-pencapaian MESTECC sepanjang tempoh beliau menerajui MESTECC. 

2. Pelancaran Inisiatif MESTECC 2019

Sebanyak 73 Inisiatif MESTECC bagi tahun 2019 telah dilancarkan oleh YB Puan Yeo Bee Yin yang meliputi tiga (3) sektor utama dalam kementerian iaitu Sektor Tenaga (20 inisiatif), Sektor Sains dan Teknologi (22 inisiatif), Sektor Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (20 inisiatif). Selain itu, sebanyak enam (6) inisiatif yang berkaitan dengan isu-isu strategik serta lima (5) inisiatif berkaitan kecemerlangan dan keseronokan bekerja dalam kalangan Warga MESTECC juga dikenal pasti untuk dilaksanakan pada tahun ini. 

3. Pelancaran Laporan Malaysia Third National Communication (NC3) and Second Biennial Update Report (BUR2)

YB Puan Yeo Bee Yin telah melancarkan Laporan Malaysia Third National Communication (NC-3) and Second Biennial Update Report (BUR-2). Pelancaran Laporan NC-3 dan BUR2 ini adalah bagi memenuhi obligasi pelaporan perubahan iklim negara kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Framework Convention on Climate Change – UNFCCC) dan meningkatkan kesedaran umum tentang tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim yang dilaksanakan oleh Malaysia. Laporan ini melaporkan pencapaian terkini negara dalam pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gases) serta usaha berkaitan perubahan iklim negara. 

4. Walkabout dan Mobile Science 2019

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada warga, para jemputan dan para pengunjung luar, antaranya ialah Pameran Inisiatif 2019, Dinding Interaktif: Proses Kitar Semula Kertas dan Akuarium, Kelas Mudah Alih The Green Guardian, Mini Planetarium, Science on Wheels, Permainan Realiti Maya (VR) dan Realiti Tertimbuh (AR), Sembang Santai, Mobile Meteorology Office (MOMEO), Kenderaan Elektrik (EV), Pengesan Radiasi Nuklear, Pencerapan Matahari, Pengukuran Sinaran daripada Telefon Bimbit dan Alat Pengesan Gempa Bumi Interaktif.


 

 

Skip to content