Skip to main content
Arkib

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI NEGERI SELANGOR

By 2018-09-22April 19th, 2020No Comments

YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah merasmikan Program Pembersihan Pantai Negeri Selangor yang diadakan di Pantai Remis, Jeram, Selangor pada 22 September 2018.

Program anjuran Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor ini diadakan bersempena dengan International Coastal Clean Up Day yang disambut pada 16 September setiap tahun.

Objektif penganjuran program ini ialah:

  1. mewujudkan persekitaran pantai yang bersih, ceria dan selamat untuk dikunjungi;meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan perairan pantai;
  2. meningkatkan kebertanggungjawaban semua pihak termasuk kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memelihara dan memulihara perairan pantai;
  3. mendidik masyarakat akan kesan negatif penggunaan plastik terhadap ekosistem marin seiring dengan inisiatif #bebasplastik; dan
  4. merekodkan maklumat sampah yang diperolehi di perairan pantai untuk inisiatif konservasi pantai.

Program yang dijalankan secara gotong-royong ini telah dijayakan oleh hampir 500 orang peserta yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan, para pelajar dan penduduk sekitar. Program ini juga dibantu oleh sukarelawan (Metric Global) dan mengguna pakai aplikasi Clean Swell App oleh Syarikat Reef Check untuk pengiraan sampah.


Skip to content