Skip to main content
Arkib

Sesi Khas YB Menteri Bersama Media: Pembentangan Pencapaian Suku Tahun Pertama Bagi Inisiatif MESTECC 2019

By 2019-05-06April 19th, 2020No Comments

Di bawah Inisiatif MESTECC 2019 Kuasai. Laksana. Ungguli. (Own It. Do It. Ace It.), sebanyak 80 inisiatif MESTECC meliputi tiga sektor utama iaitu Sektor Tenaga, Sektor Sains dan Teknologi dan Sektor Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah dibentangkan oleh YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam satu sesi khas bersama media yang diadakan di MESTECC pada 2 Mei 2019. Antara perkembangan terkini yang dikongsikan meliputi beberapa aspek seperti

Sektor Tenaga

  1. Meningkatkan peratusan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) daripada 2% kepada 20% menjelang tahun 2025
  2. Meningkatkan kecekapan tenaga
  3. Inisiatif pembiayaan hijau (green financing)
  4. Isu-isu tenaga elektrik di Sabah
  5. Meningkatkan tadbir urus industri bekalan elektrik di Malaysia (MESI)

Sektor Sains, Teknologi dan Inovasi

  1. Memupuk kesedaran dan meningkatkan minat pelajar terhadap STEM
  2. Ekosistem R&D
  3. Memangkin pertumbuhan pengetahuan sains dan teknologi dalam kalangan SME
  4. Penyelarasan semula agensi-agensi dana startups di MESTECC

Sektor Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

  • Alam Sekitar
  1. Meningkatkan penguatkuasaan
  2. Memperkasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
  3. Roadmap Towards Single-Use Plastic 2030
  • Perubahan Iklim
  1. Adaptasi – Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku perubahan iklim
  2. Mitigasi – Apa yang perlu dilakukan untuk menurunkan kadar pengeluaran karbon dioksida

Kecemerlangan Organisasi

Sumber manusia adalah faktor terpenting dalam kecemerlangan sesbuah organisasi. Oleh itu MESTECC juga berhasrat menjadikan Kementerian ini sebagai tempat terbaik untuk bekerja (best place to work) dengan menyediakan persekitaran bekerja yan terbaik kepada warga MESTECC di samping menerapkan tiga nilai asas yang menjadi pegangan seluruh warga MESTECC iaitu integriti, kecemerlangan dan fokus masa depan.

 

Senarai penuh dan laporan pencapaian Inisiatif MESTECC boleh diakses melalui microsite http://inisiatif.mosti.gov.my

 

Skip to content