Skip to main content
BeritaArkibSiaran/Kenyataan Media

SESI TAKLIMAT DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT OLEH PIHAK MESTECC KEPADA DELEGASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) BERKAITAN TEKNOLOGI TERKINI PERINGKAT KEBANGSAAN/ANTARABANGSA

By 2019-01-24Oktober 2nd, 2021No Comments

Delegasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli Hj. Zainal Abidin (Panglima Angkatan Tentara) dan disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara telah mengadakan lawatan kerja ke MESTECC pada 22 Januari 2019.

Delegasi ini telah disambut oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya (Ketua Setiausaha MESTECC), YBrs. Prof. Madya. Dr. Ramzah Dambul (Timbalan Ketua Setiausaha STI), Dr. Nagulendran Kangayatkarasu (Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pengkomersialan) dan Pegawai-Pegawai Kanan MESTECC.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk membolehkan MESTECC dan ATM berkongsi maklumat mengenai teknologi terkini pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dengan bidang ketenteraan.


Skip to content