Skip to main content
Arkib

Sistem Solar Bumbung Terbesar Dilancarkan di Bawah Skim Permeteran Tenaga Bersih (NEM)

By 2020-01-10April 19th, 2020No Comments

Pada 6 Januari 2020, YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah merasmikan Sistem Solar Fotovoltaik (PV) atas bumbung 31MW oleh Xinyi Group di Lipat Kajang, Jasin, Melaka yang merupakan sistem terbesar yang direkodkan di bawah Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) di negara ini. Menurut YB Yeo, selain daripada sistem solar tersebut yang mampu membantu dalam kelestarian alam sekitar melalui pengurangan pelepasan karbon, system solar tersebut juga menjana lebih 1500 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

 

Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) mula diperkenalkan pada tahun 2016 namun kadar pengambilannya tidak terlalu tinggi. Hingga akhir tahun 2018, jumlah kapasiti yang diluluskan hanya 27.81 MW. Sejak Januari 2019, Skim NEM telah ditambah baik untuk membolehkan lebihan tenaga solar dijual secara one-on-one basis.

 

Pada tahun 2019, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah meluluskan sebanyak 102MW di bawah Sskim NEM iaitu 3.7 kali ganda lebih tinggi daripada pencapaian keseluruhan tiga tahun sebelumnya (2016, 2017 dan 2018). MESTECC menyasarkan kelulusan kuota 300MW untuk program NEM tahun ini Maklumat lanjut mengenai NEM boleh boleh didapati di www.seda.gov.my/reportal/nem/.

 

Semenanjung Malaysia mempunyai kira-kira 4.1 juta bangunan, yang merupakan potensi besar untuk aplikasi solar PV di bumbung. Mempunyai Sistem Solar PV akan membantu pengguna untuk menjimatkan bil elektrik dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian perubahan iklim. Pasaran solar PV juga boleh membantu pertumbuhan ekonomi, terutamanya dalam memacu perkembangan pekerjaan dalam sektor ini.

 

Kerajaan juga telah melanjutkan tempoh insentif Elaun Cukai Pelaburan Hijau (Green Investment Tax Allowance, GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (Green Income Tax Exemption (GITE) sehingga tahun 2023, rujuk www.seda.gov.my/reportal/re-incentive/.

Skip to content