Skip to main content
Perkongsian Maklumat

Satelit Kaji Cuaca

By 2020-11-12Disember 30th, 2020No Comments

Jika kita menonton siaran televisyen ramalan kaji cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, kita dapat melihat imej satelit yang digunakan. Satelit kaji cuaca digunakan untuk memantau dan membuat ramalan cuaca bagi sesuatu kawasan. Kedudukan satelit yang berada di orbit dalam satu tempoh yang lama membolehkan data dan maklumat mengenai cuaca seperti pergerakan awam, taburan hujan dan fenomena-fenomena lain yang sangat berguna untuk kepentingan awam dapat diramal dengan cepat dan tepat.

satelit kaji cuaca

Terdapat dua (2) jenis satelit kajicuaca iaitu:

  1. Polar Operational Environmental Satellites (POES) yang mengelilingi bumi pada orbit kutub (dari kutub utara ke kutub selatan) dalam masa lebih kurang 100 minit pada ketinggian lebih kurang 850 km dari permukaan bumi. Satelit ini berfungsi untuk mencerap dan memberi maklumat mengenai pergerakan awan dan angin.
  2. Geostationary Operational Environmental Satellites (GOES) mengelilingi Bumi pada orbit di Khatulistiwa dan terletak pada ketinggian lebih kurang 36,000 km dari permukaan Bumi. Satelit ini bergerak pada kelajuan yang sama dengan kelajuan bumi berpusing membolehkan satelit ini memantau cuaca sesuatu kawasan secara terus-menerus. Satelit ini mampu memantau cuaca seperti ribut, puting beliung, serta dapat meramal arah dan halaju angin melalui pencerapan pergerakan awam.

 

Satelit kajicuaca menghasilkan 3 jenis imej iaitu :

  1. Imej nampak (visible) untuk mengenal pasti kelompok dan pergerakan awam yang membantu dalam pemantauan dan ramalan cuaca dan iklim.
  2. Imej inframerah (IR) untuk mengesan suhu permukaan bumi, atmosfera dan awan bagi melihat ketinggian dan ketebalan awan.
  3. Imej wap air untuk mengesan kandungan wap air bagi sesuatu kawasan menentukan kedudukan kelembapan dan peredaran atmosfera.

 

Antara contoh satelit kaji cuaca adalah seperti Satelit Himawari, Satelit NOAA dan Satelit Feng Yun.

 

Untuk lebih informasi mengenai teknologi angkasa, sila layari laman 

Agensi Angkasa Malaysia – MYSA

#mosti

#MYSA

#TeknologiAngkasa

Skip to content