Skip to main content
Berita

Belia Hasilkan Video Promosi Produk Dan Aktiviti Sosio-Ekonomi Setempat

By 2017-01-20Disember 14th, 2020No Comments

Di bawah inisiatif MSI kendalian Yayasan Inovasi Malaysia yang diberi tajuk Toolkit Development of Digital Contents & Platform for monetization of Tangga Batu Socio-economic Activities, seramai lebih 100 belia telah dilatih untuk menghasilkan video yang memaparkan aktiviti sosio-ekonomi penduduk Tangga Batu, Melaka.

Objektif projek ini ialah untuk meningkatkan nilai sosio-ekonomi perniagaan konvensional dan aktiviti tradisional di Tangga Batu melalui kemahiran belia dalam digital kreatif. Projek ini telah dijalankan dengan rakan kolaborator daripada Malaysian Association Of Creativity & Innovation (MACRI).

Sebanyak 60 buah video telah berjaya dihasilkan dan video-video tersebut telah dipertandingan untuk merebut hadiah mengikut kategori berikut :-

Hadiah kepada Belia Tangga Batu:
1) Video Terbaik
2) Cerita Asal
3) “Story Line” Terbaik
4) Video Paling Kreatif
5) Potensi Nilai Komersil Terbaik
6) Social Media “Share/like” Terbanyak
7) Best Technical Production

Hadiah kepada fasilitator:
1) Tempat Pertama (Kategori Fasilitator)
2) Tempat Kedua (Kategori Fasilitator)
3) Tempat ketiga ( Kategori Fasilitator)
4) Kepimpinan Terbaik
5) Laporan Terbaik
6) Pembantu Terbaik

Kesemua video yang dipertandingkan tersebut boleh ditonton melalui Web Portal : www.tanggabatu.my

Skip to content