Skip to main content
Berita

DEMONSTRASI PROJEK `A SOFT-TRACKED MULTI TERRAIN HARVESTER FOR OIL PALM FRESH FRUIT BUNCHES’

By 2012-05-17Mac 10th, 2017No Comments

 

SEPANG (17 Mei, 2012): YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyaksikan demonstrasi projek pembangunan sebuah mesin prototaip pra-komersil untuk digunakan bagi menuai tandan buah kelapa sawit (FFB) di kawasan yang bentuk muka buminya tidak rata.

Projek yang dinamakan ‘A Soft-Tracked Multi Terrain Harvester For Oil Pam Fresh Fruit Bunches’ dibangunkan bersama oleh tiga pihak iaitu SIRIM Berhad, MCAM (Malaysia) Sdn Bhd (selaku pemohon Technofund MOSTI) dan Sunward Equipment Group dari Hunan, China. Ia terdiri daripada jentera bertrek yang dipasang dengan mesin penuai, yang membolehkan kerja-kerja memotong, memungut dan mengangkut dilakukan. Mesin ini dijangka dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia (terutamanya penggantungan kepada buruh asing) serta meningkatkan kecekapan menuai dan mengangkut kelapa sawit. Ketiga-tiga pihak yang membangunkan mesin ini juga telah bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, fabrikasi dan pembuatan, serta penilaian dan pengujian prototaip berkenaan.

Pada masa ini, projek berkenaan telah menjalani ujian lapangan sebanyak dua kali iaitu pada 28-31 Mac 2012 dan 28-29 April 2012 di Ladang Felda Serting Hilir, Negeri Sembilan dan di Felcra Bt.8, Sijangkang, Selangor.

Demonstrasi pada hari ini telah dilaksanakan di Ladang Felcra, Bukit Changgang, Selangor turut dihadiri oleh Pengerusi SIRIM Berhad YBhg Datuk Hajah Jamaliah Kamis, wakil-wakil dari Felda, Felcra, MIGHT serta pegawai dari Bahagian Dana dan Kluster Industri, MOSTI.

Skip to content