Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Duta Besar Norway ke atas Menteri MOSTI

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2020 – PYT. Gunn Jorid Roset, Duta Besar Norway ke Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Sesi Kunjungan Hormat tersebut turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan MOSTI.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala dalam bidang Sains, Teknologi & Inovasi (STI) di antara kedua-dua negara khususnya dalam teknologi hijau, tenaga boleh baharu, ekonomi pusingan dan industri perikanan moden.
Selain itu, YB Menteri dan Duta Besar Roset turut berkongsi komitmen terhadap pembangunan lestari dan akses yang adil terhadap vaksin COVID-19 apabila ianya dihasilkan kelak.
Skip to content