Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri MOSTI Ke Planetarium Negara

Kuala Lumpur, 9 Julai 2020 – Planetarium Negara merupakan salah satu jabatan di bawah MOSTI yang berperanan penting dalam meningkatkan kefahaman terhadap kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat. YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke Planetarium negara.

YB Tuan Haji Amzad dibawa melawat galeri pameran yang terdapat di Planetarium Negara antaranya Planet Terapung, batuan meteor, galeri angkasawan dan menyaksikan tayangan simulasi langit Kuala Lumpur di dalam teater angkasa. Planetarium Negara turut berperanan sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai pelajar meminati Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) seterusnya menyokong inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kebangsaan.

2 3

1 3 5 2

4 3 6 2

Skip to content