Skip to main content
Berita

Majlis Amanat YB Khairy Jamaluddin , Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sempena Perjumpaan Bulanan MOSTI

Putrajaya, 7 Ogos 2020: – Majlis Amanat YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya buat pertama kalinya selepas 150 hari YB Menteri dan Timbalan Menteri menerajui MOSTI.
YB Khairy dalam ucapannya menekankan mengenai kepentingan sains, teknologi dan inovasi menjadi teras kepada pembangunan negara dan ekonomi bagi merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara maju.
Lima (5) perkara yang di sentuh oleh YB Menteri mengenai hala tuju MOSTI ialah:
1. Menambahbaik urus tadbir dan peranan MOSTI
2. Memastikan pemulihan ekonomi di bawah inisiatif PENJANA dipercepatkan
3. Memperkasa ekosistem pengkomersialan
4. Memperkasa bakat-bakat tempatan
5. Mempromosikan komuniti saintifik dan teknologi
YB Khairy turut menggariskan 8 perkara yang dirumuskan sebagai 8F yang perlu diterapkan dan dijadikan budaya kerja di MOSTI
1. Factual (Berfakta)
2. Fast (Pantas)
3. Focus (Fokus)
4. Flat Organisation Structure (Organisasi Rata, Kurangkan Birokrasi)
5. Frugal (Berhemah dalam berbelanja)
6. Foresight (Berpandangan Jauh)
7. Fururistic (Futuristik)
8. For the People (Untuk rakyat)
Tidak dilupakan, YB menteri turut melahirkan penghargaan kepada mantan Menteri dan Timbalan menteri terdahulu (MESTECC).
Pada Majlis kali ini juga, disampaikan Anugerah Pekerja yang diterima oleh Puan Sabrina binti Kamin dari Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T dan Encik Mohd Zamri bin Yunus dari Bahagian Pentadbiran, manakala Anugerah Pekerja Sihat Sejahtera pula diterima oleh Puan Sakinah binti Idris dari Bahagian Akaun dan Encik Muhammmad Idzhar Hafifi Bin Mohd Ramli dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Seiring dengan norma baharu dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang masih di persekitaran dan dalam usaha untuk membendung dan mengawal penularan wabak virus Covid-19, keterlibatan pegawai adalah terhad dalam Majlis Amanat ini bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dapat dipatuhi. Walau bagaimanapun, seluruh warga boleh mengikuti sesi live streaming di tempat masing-masing bagi mendengar amanat YB Menteri MOSTI melalui FB rasmi kementerian.
Skip to content