Skip to main content
Berita

Majlis Pelancaran Memuatnaik Maklumat Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) ke Papan Elektronik VMS

By 2013-07-31Disember 14th, 2020No Comments

s

 

Putrajaya (31 Julai 2013) – Menyedari kepentingan pengetahuan berkenaan cuaca, MOSTI mengambil langkah dengan menggandakan saluran penyampaian maklumat tahap kualiti cuaca, kelembapan (humidity) dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada seluruh warga Putrajaya melalui paparan maklumat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) ini di 9 lokasi Variable Message Sign (VMS) di sekitar Putrajaya.

Langkah ini merupakan antara usaha dalam meluaskan lagi manfaat perkhidmatan dan produk yang disediakan oleh MOSTI kepada rakyat memandangkan perkhidmatan yang disediakan oleh MOSTI merupakan maklumat yang menjadi nilai tambah dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Mengambil contoh melalui paparan maklumat STI di VMS yang disediakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), sebuah agensi di bawah MOSTI ini dilihat amat signifikan bagi melaporkan indeks kesihatan cuaca semasa yang amat membantu perancangan aktiviti harian.

Pelancaran ini merupakan antara langkah awal dalam memperluaskan lagi hebahan maklumat STI kepada rakyat di lokasi strategik lain. Sebagai permulaan 9 lokasi VMS yang telah memaparkan maklumat STI tersebut sejak 22 Julai 2013 adalah di sekitar kawasan  Lebuh Sentosa, Persiaran Barat, Persiaran Utara, Persiaran Timur dan Persiaran Persekutuan di Putrajaya.

Dalam merealisasikan usaha ini, MOSTI melalui JMM telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam menyediakan input yang dipaparkan. Kedua-dua agensi tersebut turut menganggotai Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan .

Majlis yang dilancarkan oleh YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh bin Haji Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya yang memberi sokongan penuh terhadap usaha murni ini.

Skip to content