Skip to main content
Berita

Majlis Penutup Program STEM@School Science Bootcamp Melaka

By 2018-04-21Mei 3rd, 2018No Comments

Majlis Penutup Program STEM@School Science Bootcamp yang diadakan di Kem Permata Resort, Ayer Pa’abas, Alor Gajah, Melaka pada 22 April 2018 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahaya (Ketua Setiausaha, MOSTI).

Program STEM@School Science Bootcamp Melaka menerapkan elemen-elemen STEM dalam setiap aktiviti atau bengkel pendidikan sains tidak formal yang disusun. Aktiviti ini dibentuk dengan cara santai dan menarik bagi melengkapi pembelajaran sains formal yang sedia ada di sekolah, dalam usaha menarik minat pelajar terhadap sains.

Konsep pembelajaran melalui pendekatan pelbagai aktiviti sains seperti hands on dan minds on seperti ini mampu mengubah tanggapan pelajar-pelajar bahawa sains bukanlah bidang yang sukar sebaliknya merupakan bidang yang mudah dan menyeronokkan.

Program ini merupakan program di bawah inisiatif MOSTI Social Innovation (MSI) yang dikendalikan oleh National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka.

kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN Melaka) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka.


Skip to content