Skip to main content
Berita

MAJLIS PERASMIAN BENGKEL DUE DILIGENCE SIRI PERTAMA TAHUN 2018

Majlis Perasmian Bengkel Due Diligence Siri Pertama Tahun 2018 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj Yahaya (Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) telah berlangsung pada 12 April 2018 di Auditorium Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya. MOSTI menganjurkan bengkel ini bagi mengenal pasti dan menilai tahap pengkomersialan produk/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 2.0). Inisiatif MCY 2.0 dilaksanakan bagi memberi fokus kepada inisiatif pengkomersialan produk-produk hasil R&D tempatan. Matlamat MCY 2.0 adalah untuk memastikan hasil penyelidikan R,D&I dapat memberi impak dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara (nation’s wealth creation).


Skip to content