Skip to main content
Berita

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) hari ini menerima kunjungan daripada YB Khairy Jamaluddin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Pusat Teknologi MTDC di UPM

Putrajaya, 12 Jun 2020 – Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) hari ini menerima kunjungan daripada YB Khairy Jamaluddin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Pusat Teknologi MTDC di UPM.

MTDC merupakan agensi di bawah MOSTI yang terlibat dalam pengkomersialan dan pemindahan teknologi, inkubasi, pengurusan dana kerajaan berkaitan teknologi serta peningkatan kadar penerapan teknologi dalam syarikat-syarikat PKS tempatan.

Delegasi Kementerian telah disambut oleh YBhg. Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Pengerusi MTDC, YBhg. Dato’ Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif MTDC serta pegawai-pegawai kanan MTDC. Dato’ Norhalim memberikan penerangan mengenai fungsi, peranan, kepakaran, kemudahan dan khidmat yang disediakan, serta hala tuju MTDC untuk menerajui penerapan dan pengkomersialan teknologi di kalangan IKS di Malaysia.

YB Menteri turut dibawa melawat Centre of 9 Pillars (Co9P) sebuah hab komuniti bagi para usahawan teknologi, penyelidik-penyelidik daripada universiti tempatan. Semenjak penubuhan Co9P, sebanyak 20 syarikat teknologi tempatan bertaraf antarabangsa telah menerima pelaburan MTDC.

Skip to content