Skip to main content
Berita

Pelancaran Redbeat Academy Oleh Menteri MOSTI

Kuala Lumpur, 2 Oktober 2020 – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan Redbeat Academy yang merupakan kerjasama antara AirAsia Digital dan Google.

Konsep akademi ini menandakan tren penting untuk dunia digital hari ini di mana aspek digital telah mengubah cara perniagaan dijalankan, menyusun semula pekerjaan dan menjadikan produk pemasaran beralih daripada cara tradisional kepada digital serta berasaskan tabiat pengguna.
Usaha ini sejajar dengan inisiatif-inisiatif utama kerajaan seperti National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) bertujuan memacu perjalanan Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan berteknologi tinggi di samping meningkatkan impak sosial serta memperkukuhkan struktur ekosistem inovasi sosial.
MOSTI akan sentiasa mendorong inovasi dari peringkat akar umbi bersama pemain industri terkemuka seperti AirAsia, kerana inovasi terbukti merupakan pemacu utama ekonomi dan pasaran di seluruh dunia. Selain itu, Redbeat Academy juga mengumumkan kerjasama dengan Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) untuk membangunkan semula bakat dalam projek Kejuruteraan Perisian dan Teknologi Tinggi (seperti blockchain dan data) dan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan Asia School of Business yang bekerjasama dengan MIT Sloan Management, untuk memberikan pengesahan pembelajaran (micro-credential) bagi kursus Redbeat Academy dan memperakuinya sebagai sebahagian daripada Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL).
Hadir sama YBhg. Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia; YBhg. Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia; YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Puan Aireen Omar, Presiden (AirAsia Digital) Kumpulan AirAsia dan Mr. Marc Woo, Ketua Google Malaysia.
Skip to content