Skip to main content
Berita

Penyampaian Anugerah Feloship YPASM Oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin

By 2013-10-08Disember 14th, 2020No Comments

b

 

Pulau Pinang, 8 Oktober 2013 – 4 orang saintis muda Malaysia dan 3 penerima geran penyelidikan polar yang ditawarkan oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) telah menerima anugerah Feloship YPASM yang disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu dalam Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa 6th Malaysian International Seminar On Antarctica (MISA6) yang diadakan pada hari ini bertempat di Parkroyal Penang Resort, Pulau Pinang.

Persidangan yang dirasmikan oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin selaku Penaung YPASM dan Penaung MISA6 merupakan persidangan kali keenam yang bertujuan untuk mengumpulkan penyelidik dari negara-negara yang terlibat secara aktif dalam penyelidikan Antartika dan Artik untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka.

Dalam ucaptama yang disampaikan oleh YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Malaysia berterusan mendanakan aktiviti penyelidikan dalam bidang sains antartika yang memberikan manfaat secara global dalam melindungi alam sekitar.

Penganjuran persidangan kali keenam ini dihoskan  oleh Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama YPASM, Akademi Sains Malaysia (ASM), Program Penyelidikan Antartika Malaysia (MARP), Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) dan turut disertai oleh pakar penyelidik kutub dari Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Chile dan United Kingdom.

Skip to content