Skip to main content
Berita

Perasmian Pameran Hadiah, Cenderamata & Alat Tulis Antarabangsa KL Ke-5 (KLIGP) 2013

By 2013-06-13Disember 14th, 2020No Comments

b

 

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Persatuan Pengusaha Hadiah & Cenderamata Malaysia (MGPA) dengan kerjasama Persatuan Persekutuan Penjual Alat Tulis & Buku Malaysia (FSBAM) dan Persatuan Pengeksport & Pengeluar Kraftangan Indonesia (ASEPHI) telah menganjurkan Pameran Hadiah, Cenderamata & Alat Tulis Antarabangsa KL Ke-5 (KLIGP) 2013 dari 12 hingga 14 Jun 2013 bertempat di Dewan 1&2, Pusat Dagangan Dunia Putra. Majlis dirasmikan oleh YB. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada jam 9 pagi ini.

Sejajar dengan tema kreativiti dan inovasi, MGPA  mengumumkan bahawa Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) adalah penganjur bersama Anugerah Rekaan Produk Promosi (PPD 2013). Kerjasama antara KLIGP dan MRM ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan di dalam mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju yang kreatif dan inovatif.

Pameran ini disertai oleh 450 pempamer dari Malaysia dan luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Taiwan dan Korea yang bertujuan sebagai platform untuk mengetengahkan produk pengusaha industri kepada pelanggan di samping menjadi medium pertukaran maklumat dan pengetahuan.

Skip to content