Skip to main content
Berita

Pertandingan Southeast Asia Combat Robot 7 – 13 Oktober 2013 Pusat Sains Negara, Bukit Kiara

By 2013-10-13Disember 14th, 2020No Comments

a

 

Putrajaya, 13 Oktober 2013 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menganjurkan Pertandingan Southeast Asia Combat Robot dengan kerjasama Myrobotz Enterprise, SIRIM dan Majlis Rekabentuk di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara pada 7 hingga 13 Oktober 2013. Pertandingan yang berlangsung selama enam (6) hari ini mendapat sambutan yang hebat dan dihadiri oleh seramai 3000 peserta yang terdiri daripada 72 pasukan IPT tempatan dan empat (4) pasukan dari Negara Laos dan Singapura.

Pertandingan ini diadakan sempena dengan Tahun Dekad Inovasi 2010 – 2020. Ia bertujuan bagi meningkatkan kemahiran generasi muda dalam dunia robotik, pendedahan kepada teknologi robotik terkini dan menghasilkan robot combat tersendiri melalui kerja berpasukan. Perlaksanaan program ini telah dikendalikan sepenuhnya secara bersama oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi UNITEN, Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat dan Universiti Malaya di bawah seliaan dan tunjuk ajar pihak Myrobotz Enterprise dan MOSTI.

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau berkata, “ Pertandingan seperti ini merupakan platform terbaik bagi para pelajar untuk menguji sejauh mana kemampuan masing-masing dalam menghasilkan produk yang bukan sahaja berteknologi tinggi, berkualiti tinggi dan juga berinovasi tinggi.” Beliau turut menambah, “Usaha untuk menarik penyertaan lebih banyak Negara untuk menyertai pertandingan ini perlu dipergiat untuk memastikan wujud persaingan yang lebih hebat dalam pertandingan di samping menggalakkan para peserta dari universiti tempatan berfikir di luar kotak untuk mencetuskan idea yang lebih hebat dan mendahului zaman setanding dengan pelajar-pelajar dari luar negara.”

Hadiah bagi Johan Pertandingan berjumlah RM20,000 dimenangi oleh Pasukan DCEN dari Universiti Malaysia Perlis, manakala bagi Naib Johan, Pasukan CON-Q juga dari Universiti Malaysia Perlis menjadi Naib Juara dan membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000.

Hadiah sebanyak RM5,000 juga disediakan untuk Kategori Best Design Award 1 (Kumpulan SCMT dari Soutska College of Management and Technology, Vientiane, Laos), Kategori Best Design Award 2 (Kumpulan BERTAM 1 dari Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulai Pinang) dan Kategori Best Engineering Award (Kumpulan CON-Q dari Universiti Malaysia Perlis).

Skip to content