Skip to main content
Berita

Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi Remote Sensing untuk Kesejahteraan dan Kelestarian Keselamatan Negara

By 2018-04-23Mei 2nd, 2018No Comments

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), hari ini menganjurkan Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi Remote Sensing untuk Kesejahteraan dan Kelestarian Keselamatan Negara yang diadakan selama dua hari, 23 hingga 24 April 2018.

Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memperkasakan dan memperluaskan penggunaan teknologi dan sistem aplikasi remote sensing di negara ini yang dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan dan pihak yang berkaitan. Seminar ini merupakan salah satu platform dan usaha pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui ARSM untuk membudayakan STI dalam perkhidmatan kerajaan dengan memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas eksplorasi dan keupayaan penggunaan teknologi remote sensing, GIS, GPS dan ICT terkini di jabatan/agensi kerajaan di Sarawak.

Usaha ini juga telah berjaya membantu jabatan/agensi kerajaan berkaitan meningkatkan kecekapan pengurusan di pelbagai peringkat di samping dapat melaksanakan tugasan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.


Skip to content