Skip to main content
BeritaCovid-19

Telesidang Menteri-Menteri Sains UNESCO Berkenan COVID-19

By 2020-03-31Februari 13th, 2021No Comments

31 Mac 2020, Putrajaya: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin telah menyertai Telesidang Menteri-Menteri Sains UNESCO berkenaan COVID19 dan Sains Terbuka di pejabatnya di Putrajaya. Telesidang tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay dari Pejabat UNESCO yang berpengkalan di Paris, Perancis.

Antara topik yang dibincangkan pada dialog ini adalah berkaitan perkongsian pengalaman (lesson learnt) berkaitan polisi dan teknologi yang digunapakai oleh negaranegara ahli UNESCO bagi memerangi penularan wabak Covid-19 di negara masing-masing.

YB Khairy Jamaluddin dalam ucapannya telah berkongsikan perkembangan semasa penularan COVID-19 di Malaysia serta pengalaman dan langkah-langkah yang telah diambil bagi melawan wabak ini. Beliau turut menekankan kepentingan mewujudkan repositori antarabangsa bukan sahaja bagi tujuan perubatan malah perkembangan inovasi teknologi. Ini termasuklah bagi tujuan perkongsian data terbuka untuk mewujudkan aplikasi pengesanan kontak dan pembangunan kit saringan.

Selain itu, beliau juga menyatakan keperluan pendekatan saintifik secara berterusan bagi memastikan dunia bersedia menghadapi apa-apa cabaran pandemik pada masa hadapan.Mesyuarat ini disertai oleh lebih 200 ahli daripada 120 negara anggota UNESCO, melibatkan 78 Menteri Sains, Timbalan Menteri, wakil-wakil Kementerian Sains dan SaintisSaintis yang telah memenangi Anugerah Nobel.


Skip to content