Skip to main content
Berita

Universal Design Product Showcase Pertama di Malaysia Dilancar

By 2015-03-23Disember 14th, 2020No Comments

 

BANGI, 23 MAC 2015 – Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini melakar satu lagi kejayaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) apabila penyatuan dua agensi ini berjaya menghasilkan Universal Design Product Showcase atau pusat rekabentuk sejagat yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Universal Design, yang juga dikenali sebagai Inclusive Design atau Design for All merujuk kepada rekabentuk sejagat yang mengambil kira semua peringkat umur dan keupayaan. Produk Universal Design bukan bermaksud produk yang dihasilkan khusus untuk golongan OKU semata-mata, tetapi ia adalah produk yang memiliki elemen Universal Design bagi membolehkan ianya mudah diguna oleh semua pengguna termasuk orang tua, kanak-kanak, ibu-ibu hamil dan lain-lain.

YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya menyatakan rasa bangsa dengan penubuhan pusat seumpama ini kerana ia memberi peluang kepada golongan OKU untuk menikmati hak yang sama daripada kemajuan negara. Beliau juga mengharapkan penglibatan sektor swasta dalam penghasilan produk Universal Design dan menjadikan pusat yang dirasmikan pada hari ini sebagai rujukan utama mereka.

Usaha mempromosi Universal Design di Malaysia telah dimulakan oleh MRM sejak awal tahun 2000 lagi. Inisiatif ini diambil dengan melihat aplikasi yang dilakukan oleh beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat, 2Jepun dan Taiwan yang telah menjadikan Universal Design sebagai salah satu elemen penting dalam memastikan keselesaan hidup rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Penubuhan pusat rujukan reka bentuk ini juga dilihat sangat relevan dengan keperluan sektor perindustrian dan pendidikan pada masa kini.

Skip to content