Skip to main content
Berita

YB DATUK SERI PENGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI MENYAMPAIKAN KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA KEPADA 7,438 PELAJAR UNIMAP

By 2012-09-18Mac 10th, 2017No Comments

 

ARAU (18 September 2012) – Seramai 7,438 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) hari ini layak memperoleh potongan harga sehingga 60 peratus terhadap pelbagai barangan dan perkhidmatan terpilih.
Kad yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Menteri Mentor UniMAP, Datuk Seri Dr Panglima Maximus Johnity Ongkily itu boleh digunakan serta-merta oleh para pelajar.
Menurutnya, KDS1M merupakan inisiatif terbaharu kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat terutamanya golongan mahasiswa.
“Para pelajar boleh menggunakan kad ini bagi mendapatkan potongan harga untuk barangan keperluan seperti buku, alat tulis, pakaian, kelengkapan sukan, perubatan dan pengangkutan.
“Dengan hanya menunjukkan KDS1M di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian, para pelajar boleh mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang rendah,” katanya kepada selepas majlis penyerahan KDS1M kepada pelajar UniMAP di sini.
KDS1M yang diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Julai lalu bertujuan membantu mengurangkan kos sara hidup kira-kira 1.5 juta pelajar di seluruh negara.

Menurut beliau, kerajaan telah mengambil dan melaksanakan pelbagai inisiatif dan insentif demi memberikan kemudahan yang terbaik bagi meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat secara menyeluruh melalui pelbagai program yang kreatif dan inovatif agar hari esok lebih baik daripada hari ini.“Dalam hubungan ini saya berharap agar para siswa selaku bakal pemimpin masa hadapan dapat memanfaatkan insentif yang disediakan sebaik-baiknya bagi meningkatkan prestasi pembelajaran.

“Saya juga berharap agar para siswa memanfaatkan peluang belajar yang diperoleh ini untuk mempersiapkan diri sebagai modal insan yang berkebolehan, berketerampilan, berkeperibadian mulia dan berwawasan untuk menghadapi cabaran alam pekerjaan dan dunia luar yang lebih mencabar,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Maximus turut melahirkan rasa bangga dengan prestasi dan pencapaian UniMAP dalam konteks Institusi Pengajian Tinggi keseluruhannya terutama dalam aspek penyelidikan.

Bagaimanapun, kata beliau, UniMAP perlu lebih proaktif terutama dalam bidang pengkomersialan untuk terus menjadi sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang berdaya saing.

Skip to content