Skip to main content
FokusFokus April 2018 (Edisi Khas Minggu Sains Negara)

TERENGGANU RAI MINGGU SAINS NEGARA HAMPIR DUA MINGGU

By 2020-04-15Ogos 4th, 2020No Comments

Sambutan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan selama hampir dua (2) minggu bermula pada 1 hingga 12 April 2018.  Penganjuran sambutan ini diterajui oleh Yayasan Angkasawan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Planetarium Negara, Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Terengganu FM.

Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Terengganu telah diadakan pada 4 April 2018 dan disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Zubir Embong (Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu) dengan diiringi oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi). Terdapat tiga (3) aktiviti utama yang dijalankan iaitu:

  1. STI Trooper telah berlangsung pada 1 hingga 5 April 2018 yang melibatkan persinggahan hampir 20 lokasi di beberapa daerah sekitar Terengganu, seperti yang berikut:
    • Daerah Dungun / Kemaman
      • SMK Ketengah Jaya
      • Mesra Mall
      • Bandar Chukai
    • Daerah Hulu Terengganu
      • RnR Rnr Bandar Al Muktafi Bilal Shah
      • SMK Landas, Kuala Berang
      • Jeti Tasik Kenyir
    • Daerah Marang / Kuala Terengganu / Kuala Nerus
      • Pasar Marang
      • Pasar Payang
      • SK Kompleks Gong Badak
      • Teluk Ketapang
      • Pantai Mengabang Telipot
    • Daerah Setiu / Besut
      • SMK Lembah Bidong Masa
      • SK Penarik
      • SK Mangkok
      • Pantai Bukir Keluang
      • Jeti Kuala Besut
    • Daerah Besut
      • Pasir Jertih
      • SK Sg. Tong
      • Terminal Bas MBKT
  2. Sea Ti Space Expo telah berlangsung pada 3 hingga 5 April 2018 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan ialah Pameran STI, Bengkel STI, Polar Science Camp, Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), cerapan matahari, tayangan astronomi dan Sesi Ramah Mesra bersama Angkasawan Negara.
  3. Eco STI Expo telah berlangsung pada 7 hingga 8 April 2018 di Medan Selera Gong Kg. Batu, Setiu bersempena dengan Festival Setiu Wetland. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Kayak X-Plore, Larian Festival Setiu Wetland, Pertandingan Wau, pameran dan demonstrasi kraftangan, persembahan dikir barat, pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, penanaman pokok bakau, pelepasan belangkas dan pertandingan memasak dan anyaman tikar.
  4. STI Hopping telah berlangsung pada 10 hingga 12 April 2018 yang telah menjelajah ke pulau-pulau terpilih di sekitar Terengganu antaranya Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Pelbagai aktiviti menarik dikongsikan dengan penduduk sekitar terutamanya para pelajar sekolah seperti bengkel sains, ceramah kesedaran STI, cerapan langit siang dan malam, perkongsian aspirasi TN50, pop kuiz STI dan mini pameran STI.
Skip to content