MyTrace merupakan aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat” (community driven) di mana telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu. MyTrace membolehkan identifikasi individu yang pernah ada kontak rapat dengan individu yang telah dijangkiti COVID-19.
Kedua-dua aplikasi MySejahtera dan MyTrace adalah aplikasi yang diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu pengawalan penularan wabak COVID-19. MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan membantu KKM mendapatkan maklumat awal untuk tindakan cepat dan berkesan. Manakala, MyTrace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenalpasti individu yang pernah ada kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.
Aplikasi MyTrace dibangunkan melalui kerjasama strategik Agensi Kerajaan Malaysia: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Malaysian Institue of Microelectronic Systems (MIMOS), Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC); bersama-sama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Google.
Rakyat Malaysia dan semua warga asing yang menetap di Malaysia.
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui pautan (link) di dalam aplikasi MySejahtera. Pengguna juga disarankan memuat turun aplikasi MySejahtera terlebih dahulu sebelum memuat turun aplikasi MyTrace untuk proses pengesanan kontak yang lebih berkesan.
Aplikasi ini membolehkan telefon bimbit yang berdekatan saling berkongsi beberapa data menggunakan teknologi Bluetooth. Data yang terkumpul akan disimpan dalam bentuk yang hanya boleh diproses oleh pihak KKM. Apabila seseorang pengguna disahkan positif COVID-19, pegawai KKM akan melakukan proses memuat naik data yang terkumpul daripada telefon bimbit pengguna ke satu pangkalan data yang dikawal oleh KKM.
Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang “dekat” dengan individu yang telah dikenalpasti positif COVID-19. Ia membolehkan pihak KKM mengesan dan menghubungi individu-individu tersebut sekaligus merancang tindakan seterusnya.
Pengguna akan dihubungi oleh pegawai KKM melalui panggilan telefon dan SMS.
Data yang dikumpul ialah : Unique User ID (UUID) yang dihasilkan oleh app ini, versi pengoperasian sistem (Android atau iOS), waktu pertemuan dan maklumat Received Signal Strength Indicator (RSSI).
Kedua-dua aplikasi – MySejahtera & MyTrace – dimiliki dan dikendali sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Kerajaan menjamin bahawa sebarang maklumat yang dikumpul dan digunakan akan mematuhi standard keselamatan maklumat Kerajaan Malaysia.
Ya, sambungan internet diperlukan apabila anda mula mengaktifkan aplikasi MyTrace dan semasa memuat naik data.
Aplikasi ini disokong oleh peranti telefon bimbit yang menggunakan perisian sistem Android versi 8 ke atas dan iOS versi 10 ke atas. Untuk peranti Android, MyTrace akan terus berfungsi samada dalam paparan aktif atau tidak aktif, sekiranya telefon telah disetkan ke mod senyap (non-sleep). Untuk peranti iOS, MyTrace perlu sentiasa berada pada paparan aktif dan peranti hendaklah dihidupkan sepanjang penggunaan aplikasi.
Ya. Bluetooth perlu diaktifkan pada setiap masa untuk MyTrace berfungsi dengan sepenuhnya.
Pengaktifan Bluetooth melalui aplikasi ini pada telefon bimbit hanya menggunakan kuasa bateri yang rendah kerana penghantaran data adalah secara berkala tidak seperti penggunaan Bluetooth yang berterusan seperti ‘music streaming’.
MyTrace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minima. Oleh itu, aplikasi ini tidak akan menggunakan tenaga bateri telefon bimbit pengguna secara berlebihan untuk tujuan mengumpul informasi pengesanan kontak yang berterusan.
Aplikasi MyTrace tidak akan menjejaskan penggunaan atau prestasi aksesori Bluetooth lain seperti pembesar suara tanpa wayar (wireless speakers), wireless earpiece/headphones dan jam pintar (smartwatches).
Perisian Android memerlukan kebenaran lokasi untuk membolehkan aplikasi MyTrace menggunakan fungsi Bluetooth. Walau bagaimanapun, data geo lokasi tidak akan dikumpulkan. Untuk perisian iOS, hanya fungsi Bluetooth yang perlu diaktifkan.
Pengguna boleh menekan butang ‘Bantuan Teknikal’ pada laman aplikasi MyTrace atau emel kepada mytrace@mosti.gov.my